Penerimaan Penonton Heroes

Selepas menyiarkan separuh epsiod musim, Heroes telah menerima pelbagai kehormatan dan pujian. Pada 10 Disember 2006, Institut Perfileman Amerika Syarikat menamakan Heroes sebagai salah satu "siri televisye terbaik tahun ini". Tiga hari kemudian pada 13 Disember, Kumpulan Penulis Amerika mencalonkan Heroes sebagai "siri terbaik" tahun 2007. Pada hari keesokannya pula (Disember 14), Hollywood Foreign Press Association mencalonkan Masi Oka yang memegang watak Hiro Nakamura untuk Pelakon Pembantu Terbaik untuk siri televisyen. Namun, kedua-dua siri ini dan pelakonnya tidak memenangi anugerah tersebut; drama siri ini tewas kepada siri keluaran ABC yang bertajuk Grey's Anatomy dan Misa Oka tewas kepada Jeremy Irons, pelakon yang memainkan watak Robert Dudley dalam 1st Earl of Leichester dalam siri Elizabeth I.

Heroes memenangi anugerah Drama TV Terbaru Kegemaran dalam People;s Choice Awards 2007. Pada January 9 pula, National Association for the Advancement of Colored People mencalonkan Heroes untuk kategori Drama Siri Terbaik namun siri ini kalah sekali lagi kepada Grey's Anatomy.

Para barisan pelakon Heroes telah dinamakan dalam Time Magazine's Person of The Year tahun 2006 dibawah isu "Individu Yang Penting".